Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Parti Liar’ Undang Kontroversi, Pemilik Resort Dikompaun RM25,000

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila warganet kurang senang dengan penganjuran Pesta Aloha yang sehingga menimbulkan kontroversi di Pulau Lang Tengah, Setiu pada Isnin lalu.

‘parti liar’ undang kontroversi, pemilik resort dikompaun rm25,000

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris, pihaknya memaklumkan siasatan mendapati penganjuran program tersebut dilakukan tanpa permit dan melanggar Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2002.

Advertisement

Justeru itu, pemilik Summer Bay Resort dikompaun RM25,000 oleh kerajaan negeri Terengganu atas penganjuran acara tersebut. 

“Kita telah memanggil pengurusan Summer Bay Resort untuk memberi penjelasan berhubung penganjuran Pesta Aloha.

“Berdasarkan penjelasan tersebut, kita mendapati penganjuran program tersebut telah melanggar Subseksyen 16 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2002,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik