Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Amaran Dikeluarkan, Paras Air Sungai di Johor Melepasi Tahap Bahaya

amaran dikeluarkan, paras air sungai di johor melepasi tahap bahaya

Foto: Astro Awani

Advertisement

Beberapa sungai di negeri Johor mencatatkan paras air melebihi tahap bahaya sehingga jam 5.45 pagi ini, berikutan hujan lebat yang berlaku.

Menurut laporan di laman web rasmi Public Infobanjir, Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang mencatatkan paras air 14.57 meter (m), iaitu 0.07m melebihi tahap bahaya 14.5m.

Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat pula merekodkan bacaan 3.35m, melebihi tahap amaran 3.15m sebanyak 0.02m.

Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun, Pontian juga mencatatkan bacaan 5.35m, melebihi paras amaran 5m dengan jarak 0.35m.

Namun, dilaporkan bahawa paras air di Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang menunjukkan penurunan, sementara paras air di Sungai Senggarang dan Sungai Ayer Hitam kekal tidak berubah setakat ini.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa menasihatkan penduduk di kawasan rendah serta berhampiran sungai yang terjejas untuk berhati-hati dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir sekiranya paras air terus meningkat.

Sumber: Astro Awani

SINAR Muzik Retro Terbaik