Konflik Israel-Palestin yang berlarutan hampir 20 hari ini telah menyebabkan lebih 7,000 orang rakyat Palestin terkorban akibat serangan tentera Israel.

Malah, mangsa yang terkorban juga kebanyakannya daripada kanak-kanak kecil dan remaja.
Advertisement
Justeru itu, Kementerian Pendidikan Palestin mengumumkan sesi akademik 2023/2024 secara rasminya telah berakhir akibat para pelajar sekolah telah terbunuh.
Pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap berita duka ini dan berharap mereka masih lagi ada menerima pendidikan yang lengkap dan berilmu untuk masa depan tetapi apakan daya.
Semoga konflik dan serangan tersebut akan segera berakhir, sama-sama kita doakan kesejahteraan dan keselamatan buat rakyat Palestin yang sedang berjuang.
Sumber: mufid_makrifat / MOE Gaza