Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Panaih Lit Lit” - Cuaca Panas Di Kedah Boleh Cecah 40 Darjah Celsius

Baru-baru ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di negeri Kedah dengan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius sepanjang hari ini.

“panaih lit lit” - cuaca panas di kedah boleh cecah 40 darjah celsius

Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star, dan Langkawi merupakan daerah yang dikesan dilanda titik panas.

Advertisement

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, beliau memaklumkan suhu pada waktu siang hari di Pokok Sena boleh turun naik antara 37 darjah hingga 40 darjah Celsius dalam tempoh tiga hari akan datang.

"Manakala bagi Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi pula suhu diramalkan antara 35 darjah hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh yang sama," katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik