Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cuaca Panas Luar Biasa Belum Berakhir, Pakar Jangka Akan Berlarutan

Cuaca panas luar biasa yang melanda terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah ketika ini dijangka akan berlarutan selama dua bulan lagi selain menjadi musim paling panas dunia.

cuaca panas luar biasa belum berakhir, pakar jangka akan berlarutan

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, cuaca panas ini melibatkan dua aspek iaitu fenomena El Nino yang bermula sejak tahun lepas termasuk dua kes melibatkan kematian akibat strok haba antaranya di Kelantan selain faktor perubahan iklim.

Advertisement

Menurut beliau, cuaca paling panas di peringkat negara pernah direkod sekitar tahun 1999 di negeri Perlis.

“Tahun lepas di peringkat dunia (bukan di Malaysia) ialah tahun yang paling panas dalam rekod manakala tahun ini dianggarkan mungkin akan jadi tahun paling panas bermakna lebih panas daripada tahun lalu.

“Negeri Kelantan, Perlis dan Kedah pula akan lebih panas kerana berada di bahagian utara berbanding di Kuala Lumpur, Selangor atau tempat-tempat lain di semenanjung.

“Berdasarkan laporan yang diterima cuaca akan beralih dalam dua bulan namun perkara itu berubah secara dinamik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik