Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Padah Bawa Kereta Tiada Lesen, Pokok Jadi Mangsa?

Seorang remaja berasal dari wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia cedera apabila kereta yang dipandunya merempuh sebatang pokok lalu terbalik.

padah bawa kereta tiada lesen, pokok jadi mangsa?

Berusia 14 tahun, dia dikatakan sedang cuba belajar memandu kereta di Jalan Bulo Pakoto, daerah Pinrang pada Jumaat lalu.

Advertisement

Sebuah rakaman video jelas memaparkan keadaan kereta yang terbalik dan rosak teruk selepas merempuh sebatang pokok.

Malah, penduduk sekitar yang menyaksikan kemalangan itu bertindak pantas memberikan bantuan dan mengeluarkan mangsa dari kereta itu.

Menurut Ketua Unit Trafik Polis Pinrang, Agussalim Akibi, beliau memaklumkan kemalangan itu berlaku apabila remaja tersebut gagal mengawal keretanya sebelum ia berpusing dan terbalik.

Namun, mangsa dan rakannya hanya mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pinrang.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik