Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Orang Ramai Terkejut Syarikat Arak Taja Program Sekolah

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang pemimpin telah hadir ke sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) bagi majlis perasmian kutipan dana yang dikatakan sebagai usaha untuk menambah kemudahan di sekolah tersebut.

orang ramai terkejut syarikat arak taja program sekolah

Namun, acara amal anjuran sekolah itu mendapat perhatian ramai dan mencetuskan kontroversi selepas didapati syarikat kilang arak merupakan salah seorang penderma.

Advertisement

Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut.

Pihaknya juga menegaskan pentadbir institusi di bawah kementerian perlu mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

“Ia melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik