Sebuah cawangan KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Tapah dilempar dengan molotov cocktail (bom petrol) oleh seorang lelaki kira-kira pukul 5.34 pagi hari ini.

Menurut pekerja, R. Puspalatha, dia menyedari kejadian itu ketika rakan sekerjanya melihat sebuah kereta berhenti di hadapan pasar raya berkenaan.
Advertisement
Tambahnya, sebaik sahaja kereta itu berhenti, seorang lelaki dilihat keluar dari tempat duduk penumpang hadapan dan membaling botol sedang terbakar ke arah kedai serbaneka berkenaan.
“Bagaimanapun, tiada letupan yang berlaku dan hanya botol itu yang masuk ke dalam pasar raya ini dan ia sudah tidak terbakar.
“Pekerja yang menyedari perkara itu terus memaklumkan kepada kedai berhampiran dan mereka melaporkan kepada pihak polis,” katanya.
Namun, rakaman televisyen liter tertutup (CCTV) jelas menunjukkan seorang lelaki mencampakkan objek yang sedang terbakar ke arah kedai serbaneka tersebut.
Sumber: Kosmo Online