Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Oddah Tegaskan Hadie Hanya Singgah, Nafi Bermalam Di Rumahnya “Saya Harap Orang Ramai Lebih Berhati-Hati Membuat Kesimpulan…”

oddah tegaskan hadie hanya singgah, nafi bermalam di rumahnya “saya harap orang ramai lebih berhati-hati membuat kesimpulan…”Foto: Instagram

Anak kepada Sharifah Shahirah, Auddra Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Oddah, tampil menjelaskan isu yang tular kononnya rakan artis, Ehmad Hadie Elfardie (Hadie) bermalam di rumahnya. Dakwaan itu disifatkannya tidak benar sama sekali.

Advertisement

Menurut Oddah, Hadie hanya singgah sebentar sebelum dihantar ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pulang ke Johor.

“Hadie datang sekejap sahaja, bukan tidur di rumah saya seperti yang orang sangka. Waktu itu pun ibu bapa dan ahli keluarga lain ada di rumah,” ujarnya.

Oddah turut menegaskan bahawa kehadiran Hadie diketahui oleh keluarganya dan tiada sebarang situasi mencurigakan seperti yang diperkatakan warganet.

”Kami hanya berada di ruang tamu, dan bilik saya yang khusus untuk perempuan tidak pernah dimasuki oleh lelaki,” kata Oddah.

Selain itu, Oddah menyatakan rasa kecewa terhadap tuduhan tidak berasas itu, yang menurutnya mampu mencemarkan reputasi dan imejnya di media sosial.

”Saya harap orang ramai lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kesimpulan kerana tidak semua yang viral itu menggambarkan situasi sebenar,” ujarnya lagi

Oddah juga menegaskan bahawa sebagai seorang public figure, beliau sentiasa menjaga batasan dan adab ketika berada di rumah dan menghormati kehadiran semua pihak, termasuk rakan-rakan yang singgah sebentar.

Sumber: Gempak

SINAR Muzik Retro Terbaik