Baru-baru ini tular video memaparkan sebuah bas yang meluncur ke arah sebuah gaung di Guci, Jawa Tengah, Indonesia.

Berita duka itu mengejutkan seluruh negara apabila terlihat bas berwarna merah yang dinaiki sekumpulan penduduk dari Tangerang Selatan, Banten itu hilang kawalan dan terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung.
Advertisement
Menurut laporan, seorang penumpang disahkan maut, manakala beberapa yang lain cedera dalam kemalangan itu.
Ketika kejadian, ramai penduduk setempat bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa di tempat kejadian.
Selepas siasatan dijalankan, punca kejadian terjadi apabila pemandu bas memanaskan enjin di tempat letak kenderaan.
Malah, bas itu tiba-tiba bergerak dan terjunam ke dalam gaung ketika pemandu meninggalkan bas tersebut.
Setakat ini, seorang mangsa masih mengalami kecederaan serius dan 35 yang lain hanya cedera ringan.
Sumber: Kosmo Online