Nurul Ain Haron, rakyat Malaysia yang terkandas di Semenanjung Gaza sejak perang meletus lebih sebulan yang lalu meluahkan rasa syukur apabila telah dievakulasi dari Gaza.

Dia dan suaminya, Mohamed A.M. Shaat warga Palestin telah melintasi sempadan Rafah dan masih menunggu untuk pulang ke Malaysia.
Advertisement
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkesempatan membuat panggilan video bersama pasangan itu. Panggilan video itu dibuat pada awal pagi, 13 Nov 2023.
“Saya harap dapat pulang dengan selamat, dan boleh sebarkan bagaimana keadaan dan kezaliman yang berlaku di sana (Gaza),” katanya.
Pasangan ini telah berjaya dibawa keluar pada malam Ahad lalu di sempadan Rafah.
Mereka bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sedaya upaya memastikannya dan suami selamat dibawa keluar dari Gaza.
Sumber: Kosmo Online