Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nora Danish Nafi Bakal Bernikah - “Ia Hanya Kempen Produk, Tiada Kaitan Dengan Kehidupan Peribadi Saya…”

nora danish nafi bakal bernikah -  “ia hanya kempen produk, tiada kaitan dengan kehidupan peribadi saya…”Foto: Instagram

Pelakon popular Nora Danish menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo pada Isnin ini.

Advertisement

Menurut Nora, 42, foto serta video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu bukanlah persiapan majlis perkahwinannya, sebaliknya sebahagian daripada kempen pemasaran produk.

“Ramai yang bertanya tentang foto viral baru-baru ini. Dengan penuh kasih dan hormat, saya ingin jelaskan bahawa saya tidak akan berkahwin esok. Gambar dan video itu hanyalah kempen pemasaran dan tiada kaitan dengan kehidupan peribadi saya,” jelasnya menerusi Instagram Story.

Dalam pada itu, bintang filem Polis Evo itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin serta mendoakan kebahagiaannya.

“Saya amat menghargai perhatian dan doa anda semua. Harap kenyataan ini dapat menjelaskan salah faham yang berlaku. Terima kasih kerana terus menyokong saya dengan kasih sayang dan kebaikan,” tambahnya.

Spekulasi mengenai perkahwinan tercetus selepas tular gambar dan video seorang lelaki berkaca mata, berserban dan dikenali sebagai Mickey, yang muncul dalam sebuah video Instagram jenama sampin sambil meluahkan masih percaya pada cinta meskipun pernah gagal dalam rumah tangga.

Keadaan bertambah hangat apabila tersebar pula kad undangan dengan huruf “M” dan “N” bertarikh 8 September 2025, sehingga ramai mengaitkan huruf “N” itu dengan Nora Danish dan mendakwa majlis akan berlangsung hari ini.

Namun, Nora menegaskan semula bahawa semua khabar angin tersebut tidak benar dan berharap penjelasan diberi dapat menamatkan salah faham yang berlegar di media sosial.

Sumber: Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik