Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nora Danish Beri Baju Lama Untuk Rakan Bukan Islam Sahaja

nora danish beri baju lama untuk rakan bukan islam sahaja

Foto: Instagram

Advertisement

Semenjak berhijrah dan mula bertudung, pelakon Nora Danish mengakui tidak lagi menyimpan baju lama yang mendedahkan auratnya sebelum ini.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata dia bertindak untuk memutuskan bagi memberibaju  lama kepada rakan bukan Islam.

“Pakaian-pakaian zaman saya seksi itu semuanya sudah diberikan kepada rakan-rakan saya yang bukan Islam.

"Sebenarnya, sudah lama saya 'let go' pakaian lama sebab orang kata kalau jual tak boleh dan saya akan tanggung dosa orang membelinya,” katanya ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi jenama Amber bertemakan ‘Raya Romantics’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Isnin, semalam.

nora danish beri baju lama untuk rakan bukan islam sahaja

Foto: Instagram

Dalam pada itu, selain tidak lagi menyimpan pakaian seksi, ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkata dia dalam proses memadam semua gambar yang agak keterlaluan di Instagram miliknya.

"Saya perlu buang semua gambar tidak menutup aurat dalam Instagram (IG), tetapi dalam masa sama, saya tengok jugalah gambar lama. Ia mengambil masa kerana jumlah gambar melebihi 26,000.

 

​​"Saya baru buang beberapa ribu dan masih ada banyak lagi. Bila tengok gambar lama, saya cakap dalam diri 'apalah aku buat dulu'.

 

"Namun, itu adalah proses kehidupan. Kalau saya tidak melalui fasa ini, mungkin tiada rasa menyesal seperti sekarang. Jadi, penghijrahan sekarang lebih terkesan sebab saya sudah lalui semuanya," katanya.

Ditanya mengenai Istiqamah, pelakon filem Cuti-Cuti Cinta itu berkata, dia berdoa kepada Allah agar dirinya sentiasa berada di jalan yang benar menuju reda Ilahi.

nora danish beri baju lama untuk rakan bukan islam sahaja

Foto: Instagram

 

Untuk berhijrah itu senang tapi untuk istiqamah itu tidak mudah. Istiqamah perlu dipandang dari pelbagai sudut termasuk ingin jaga solat awal waktu dan beberapa lain lagi.

Saya berharap dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk kekalkan rasa sedih, rasa berdosa dalam diri selama-lamanya.

Kalau tanya saya petua untuk istiqamah, saya tiada jawapan. Tetapi sentiasa berdoa dikelilingi orang yang baik untuk sentiasa mengingatkan saya.

SINAR Muzik Retro Terbaik