Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Non-Muslim Ditampar Ketika Makan, Menteri Perpaduan Beri Amaran

Tular di platform X, seorang pengguna  @bingbinge656 atau Elijah mendakwa telah ditampar oleh seorang individu di sebuah kedai serbaneka di Johor Bahru kerana makan di tempat awam pada bulan Ramadan.

Dalam perkongsian tersebut, mangsa yang merupakan lelaki bukan Islam turut memaparkan video kejadian dikasari seorang lelaki berjubah hitam, sebelum ditenangkan oleh anak individu itu.

Advertisement

lelaki non-muslim ditampar ketika makan, menteri perpaduan beri amaran

Foto: X

Menurut Elijah, lelaki berkenaan telah memintanya untuk mempamerkan kad pengenalan walaupun dia sudah menyatakan bahawa dia bukan Muslim.

Walau bagaimanapun Elijah bersyukur kerana anak kepada lelaki itu segera menenangkan keadaan dan meminta maaf bagi pihak bapanya.

Elijah menerima permohonan maaf daripada anak lelaki itu namun merasa sangat kesal dengan apa yang terjadi. Dia merasakan bahawa lelaki berjubah tersebut tidak menghormatinya dan menyerangnya tanpa belas.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan, pihak polis sedang menyiasat berhubung insiden tersebut. Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Tampoi dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

lelaki non-muslim ditampar ketika makan, menteri perpaduan beri amaran

Foto: Kementerian Perpaduan Negara

“Saya mengutuk keras sebarang bentuk keganasan, diskriminasi dan sikap prejudis yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum.”

Orang ramai dinasihatkan agar saling menghormati budaya serta saling menerapkan nilai kefahaman antara satu sama lain demi kesejahteraan bersama.

Sumber: X

SINAR Muzik Retro Terbaik