Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Niat Nak Imamkan Solat Tarawih Terbantut, Individu Maut Ketika Ke Surau

Seorang individu maut akibat ditembak ketika dalam perjalanan ke surau di Panare, Pattani pada Selasa.

Berusia 41 tahun, sukarelawan pertahanan itu dalam perjalanan ke surau untuk mengimamkan solat Tarawih.

Advertisement

niat nak imamkan solat tarawih terbantut, individu maut ketika ke surau

Menurut Ketua Polis Daerah Panare Pol. Kol. Chaiwat Panboonthong, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu menyaksikan mangsa ditembak kira-kira 200 meter dari masjid oleh dua lelaki menaiki motosikal.

"Menurut saksi, mangsa ditembak jarak dekat selepas azan tamat.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penembak telah merampas pistol mangsa dan melepaskan tembakan pada bahagian kepala mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Tambahnya, lebih 10 kesan tembakan di bahagian badan dan kepala mangsa ketika ditemui.

Punca dan motif kejadian masih tidak diketahui dan masih disiasat.

Sumber: Bernama
 

SINAR Muzik Retro Terbaik