Baru-baru ini, pengguna jalan raya mengeluh apabila terpaksa hadapi trafik sesak lebih dari 12 jam untuk tiba di kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kebanyakannya warga pantai timur khususnya yang pulang ke Kelantan dan Terengganu terpaksa menghadapi kesesakan trafik di lebuhraya.
Advertisement
Perjalanan jauh dan tersekat akibat trafik pasti akan mengakibatkan ketidakselesaan kepada individu kerana perlu merebut kemudahan seperti tandas dan surau.
Seorang tuan rumah di Saujana, Setiu, Terengganu menyantuni para perantau dan pengguna jalan raya apabila membuka pintu rumahnya dengan luas dan meletakkan papan tanda di depan rumahnya.
Malah, tuan rumah juga tidak kisah apabila rumahnya dijadikan tempat persinggahan dan tandas bagi individu yang pulang ke kampung.
Menurut perkongsian di laman Facebook milik Nik Norkatijah, dia yang sedang tersangkut dalam kesesakan jalan raya selama lima jam mendapati sebuah rumah menyediakan perkhidmatan tandas percuma buat individu yang turut tersangkut dalam kesesakan itu.
“Tandas percuma, masuk je,” jelasnya di kapsyen.
Dia amat terharu dengan tuan rumah yang prihatin akan pengguna jalan raya dan para perantau yang ingin menggunakan tandas di rumahnya.
Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap inisiatif yang dilakukan tuan rumah tersebut bagi memudahkan orang lain yang dalam perjalanan pulang ke kampung tempoh hari.
Sumber: BuzzKini