Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Terkejut Oyen Elmina Sudah Tiada

Seekor kucing yang diselamatkan di lokasi nahas melibatkan sebuah pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, dilaporkan mati, hari ini.

netizen terkejut oyen elmina sudah tiada

Doktor veterinar yang merawatnya, Dr. Zulerwan telah berkongsi berita duka itu di laman Instagram miliknya.

Advertisement

“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telahpun pergi untuk selamanya hari ini.

“Oyen yang didapati positif untuk virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV) atau dikenali sebagai sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) kucing, membuatkan sistem imun badan Oyen terganggu,” kongsinya.

Malah, komplikasi luka yang berada di tulang belakang Oyen membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.

“Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin, tetapi Oyen tidak dapat bertahan,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik