Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Berteka Teki Siapa Ketua Kumpulan Senario, Jawapan Saiful Apek Buat Ramai Tersenyum

netizen berteka teki siapa ketua kumpulan senario, jawapan saiful apek buat ramai tersenyumFoto: Sinar Harian

Persoalan mengenai siapa sebenarnya ketua kumpulan Senario akhirnya terjawab apabila salah seorang ahlinya, Saiful Apek tampil memberikan respon yang cukup ringkas namun penuh makna.

Advertisement

Senario sememangnya dikenali sebagai antara kumpulan komedi paling berpengaruh di Malaysia yang pernah mencipta gelombang tersendiri dalam dunia hiburan tempatan.Keunikan mereka bukan hanya pada lawak bersahaja dan spontan, tetapi juga pada keserasian luar biasa antara ahli yang menjadikan setiap persembahan terasa hidup dan dekat dengan penonton daripada pelbagai generasi.

Baru baru ini, seorang pengguna Threads berkongsi persoalan yang terlintas di fikirannya sekitar jam satu pagi tentang siapakah sebenarnya ketua kumpulan legenda tersebut. Soalan santai itu mengundang pelbagai jawapan daripada netizen yang masing masing mempunyai pandangan tersendiri.

Namun, jawapan daripada Saiful Apek paling mencuri perhatian.

“Semua ahli adalah ketua,” katanya ringkas.

Kenyataan itu mengundang rasa bangga dalam kalangan peminat yang melihatnya sebagai bukti semangat kebersamaan dan sokongan padu antara mereka sejak dahulu lagi.

 

 

Dalam perkembangan lain, Senario bakal kembali menemui peminat menerusi sebuah konsert istimewa berskala besar berjudul The Last Kopek Senariounion 30 Tahun yang dijadual berlangsung pada 25 April 2026 di Idea Live Arena, 3 Damansara.

Selepas lebih 30 tahun menceriakan rakyat Malaysia menerusi sitkom, filem dan lagu berunsur komedi, konsert ini dianggap sebagai momen istimewa buat Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek, Yassin dan Pak Ya untuk kembali bersemuka dengan peminat setia mereka.

Acara ini dianjurkan oleh Dreamscape Events bersama Kapla Entertainment dan akan menampilkan barisan ahli asal seperti Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Ilya, Saiful Apek serta Yassin.

Antara maklumat penting konsert tersebut ialah ia akan berlangsung pada Sabtu, 25 April 2026 di Idea Live Arena, 3 Damansara. Persembahan dijangka berdurasi kira kira dua jam sempena ulang tahun ke 30 penubuhan Senario dengan gabungan komedi dan lagu lagu popular mereka.

Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang http://www.ilassotickets.com/senariounion dan http://www.fantopia.io  dengan harga bermula RM138 sehingga RM488.

Konsert ini juga disebut sebagai peluang terakhir untuk menyaksikan penyatuan penuh kumpulan berkenaan, termasuk satu segmen penghormatan khas buat Allahyarham Hamdan Ramli.

Sumber: Threads

SINAR Muzik Retro Terbaik