Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Luah Sebak Lihat Warga Emas Jadi Penghantar Makanan

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan pasangan warga emas menunggang motosikal ketika menunggu pesanan makanan.

netizen luah sebak lihat warga emas jadi penghantar makanan

Ramai yang sebak apabila melihat video tersebut yang jelas menunjukkan si isteri membonceng motosikal suaminya dan menunggu dengan tenang.

@ayiebenzo Ya Allah sedihnya tengok…miga pakcik dengan makcik ni dimurahkan rezeki #ayiebenzo #ayiebenzo #fypシ゚viral ♬ Lewat semesta YOGIE NANDES - Yogie Nandes

Advertisement

Pelbagai reaksi warganet terhadap video tersebut dan salah seorang warganet memberikan komen.

“Saya kenal pak cik ini. Mereka selalu bersama dan suaminya itu sering memakaikan topi keledar kepada isterinya,” katanya.

“Di TikTok ini boleh lihat kesulitan untuk kelangsungan hidup yang dihadapi rakyat Malaysia. Semoga mereka dikurniakan rezeki yang tidak putus seperti air zam zam,” komen seorang netizen.

Video berdurasi 11 saat itu mendapat perhatian orang ramai dan simpati dalam masa yang sama memuji usaha mereka untuk mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik