Ibu kepada mangsa pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf berkongsi luahan dan video kenangan bersama ‘anak syurga’ itu sehingga undang sebak warganet.

Malah, video yang dimuat naik itu jelas memaparkan arwah sedang bermain buaian di sebuah taman permainan.
Advertisement
Malah, Ismanira juga bersyukur diberikan peluang menjaga dan membesarkan anaknya itu selama enam tahun.
“Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga Allah,” jelasnya.
Semalam, Ismanira turut berkongsi kenangan terakhir dia dan suami, Zaim Ikhwan Zahari, 28, meluangkan masa berjalan-jalan dengan anak sulungnya itu pada 4 Disember lalu, sehari sebelum kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang.
Semoga kes tragis ini dapat menemui jalan penyelesaian.
Salam takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah!
Sumber: Kosmo Online