Baru-baru ini, beberapa foto menunjukkan sebatang jalan di Semenyih, Selangor mempunyai jalur tengahnya bercahaya di dalam gelap.

Ia telah menjadi perhatian warganet dan pelbagai reaksi yang diberikan terhadap inisiatif itu.
Advertisement
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat menjadi agensi pertama di bawah Kementerian Kerja Raya yang mencuba teknologi jalan bercahaya dalam gelap.
Malah, Jalan Sungai Lalang menjadi laluan pertama di negara ini yang mendapat jolokan ‘glow in the dark’.
Ia juga bagi memudahkan pengguna jalan raya yang melalui jalan itu ketika tengah malam yang gelap gelita.
Sumber: Kosmo Online