Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Tiada Siapa Boleh Sentuh Jantina Berlainan…” - Ajar Adik-Adik Tentang Batas Mahram, Netizen Puji Qadejah

“tiada siapa boleh sentuh jantina berlainan…” - ajar adik-adik tentang batas mahram, netizen puji qadejahFoto: Instagram

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh Datin Seri Nur Shahida di platform TikTok menjadi tular apabila anaknya, Qadejah dilihat memberi peringatan kepada adik-adik iaitu Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut ajaran Islam.

Advertisement

Teguran yang diberikan oleh Qadejah atau nama sebenarnya Qadejah El Zahra mendapat pujian netizen kerana walaupun masih berumur 16 tahun, dirinya amat mementingkan hukum pergaulan dan ingin adik-adiknya turut memahami dengan  jelas batas penjagaan berlandaskan Islam.

“In Islam when you look at a girl once that’s okay, you look at her twice that’s a sin already. You (Yusoff) cannot be touching girls, you (Raudhah) cannot be touching guys. No one here is allowed to touch the opposite gender. you cannot be with someone close if it’s not your mahram.”

“Who’s your mahram? Your uncle, your dad, your brother. Do you understand?”

“You (Yousuf) do not be touching girls that are also not in your family, you can touch me mama, your sisters your aunty but you cannot touch your cousins,” ujarnya menerusi video.

 

@shahidadherbs2

❤️❤️

♬ bunyi asal - Nur Shahida Mohd Rashid

 

Qadejah dilihat turut menasihati adik lelakinya yang lain, Ibraheem Adham untuk sentiasa menjaga jarak dengan perempuan lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan sekolah.

“You do not play with girls you want to. If you have a class project with a girl, keep your distance.”

“You see, does Abah like it when a guy touches Raudhah? no right. So if you touch another girl’s daughter, do you think the dad will be okay? The dad will come and beat you up,” jelasnya lagi.

Perbualan di atas menunjukkan Qadejah menekankan kepentingan menjaga adab dan batas dalam pergaulan antara jantina berlainan, serta memberi contoh mudah agar adik-adik faham kenapa hal itu perlu diberi perhatian.

Isi yang disampaikan itu bukan sekadar nasihat ringan, tetapi mengajak adik-adiknya untuk memahami nilai hormat, batas mahram dan adab dalam kehidupan seharian.

Pendekatan Qadejah yang jelas dan bertanggungjawab ini terus dipuji ramai warganet, yang melihatnya sebagai contoh didikan yang baik dalam keluarga.

Sikap ketegasan serta cara Qadejah menyampaikan pesanan menunjukkan kematangannya yang luar biasa meskipun masih muda, sekaligus mencetuskan perbualan positif mengenai pendidikan agama dan batas pergaulan dalam kalangan anak muda masa kini.

Sumber: TikTok

SINAR Muzik Retro Terbaik