Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Puji Pekerja Bot Di Sabah Cuba Berbahasa Korea, Mahu Pelancong Faham

Netizen tergamam apabila seorang lelaki yang merupakan pekerja bot di Sabah bertutur bahasa Korea untuk memberikan penjelasan kepada para pelancong negara tersebut.

netizen puji pekerja bot di sabah cuba berbahasa korea, mahu pelancong faham

Menerusi video tersebut, lelaki tersebut memberikan penjelasan kepada pelancong tempatan terlebih dahulu dan menerangkan kembali menggunakan bahasa Korea kepada pelancong negara tersebut.

Advertisement

Pujian harus diberikan kepada pekerja tersebut yang mencuba untuk berkomunikasi dengan pelancong dari Korea Selatan menggunakan bahasa mereka.

Mereka difahamkan menerima ramai pelancong dari negara berkenaan dan disebabkan itu para pekerja tahu sedikit sebanyak untuk bertutur bahasa Korea.

Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap tindakan pekerja berkenaan dan hormat dengan pekerjaan mereka dalam sektor pelancongan.

“Pertama kali pergi Sabah, saya terpegun ‘Sabahan’ fasih bahasa Korea dan jumpa yang reti banyak bahasa asing,” komen seorang pengguna TikTok.

“Orang Korea boleh faham dah kira bagus abang ni,” tulis seorang warganet.

“Abg ni pandai cakap Korea, tapi dia tak pandai nak lenggokkan cara percakapan tu. Sebab itulah bunyinya macam gitu,” komen seorang pengguna.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik