Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Kurang Senang Buat ‘Festival’ Bergerak Atas Kereta Api

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sebuah video memaparkan sebuah acara hiburan yang disifatkan sebagai parti liar berlangsung dalam gerabak milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

netizen kurang senang buat ‘festival’ bergerak atas kereta api

Malah, video itu jelas menunjukkan suasana gerabak meriah dengan lampu berwarna-warni selain terdapat pengunjung sedang menari sambil mendengar lagu dimainkan oleh DJ.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro News (@astroradionews)

Advertisement

Difahamkan, program dikenali sebagai Pinkfish Express yang berlangsung pada 16 Mei lalu itu merupakan festival hiburan pertama di Asia Tenggara diadakan di atas kereta api.

Namun, pelbagai reaksi yang kurang senang diberikan warganet terhadap tindakan penganjur dan pihak KTMB kerana memberikan kelulusan menggunakan gerabak keretapi tersebut.

Pihak KTMB tampil memberikan penjelasan terhadap isu tersebut dan mereka memandang serius isu berkenaan.

Tambahnya, pihak KTMB akan tambah baik garis panduan perkhidmatan tren sewaan khas demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik