Baru-baru ini, sebuah video tular yang memaparkan kawasan parkir bertingkat di Hospital Selayang, Selangor mendapat perhatian warganet.

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @azizimohdismail, pelbagai jenis deretan kereta kelihatan berada di kawasan parking bertingkat itu.
Advertisement
Malah, ruang parkir yang kosong masih kelihatan banyak biarpun sudah banyak deretan kereta meletakkan kereta mereka di situ.
@azizimohdismail Terbaik KKM.
♬ Knockin' On Heaven's Door - 2022 Remaster - Guns N' Roses
Menariknya, sistem parkir bertingkat itu juga boleh menjimatkan ruang dan tidak memerlukan kawasan tanah yang terlalu luas.
Pelbagai reaksi positif yang diberikan orang ramai terhadap inisiatif pihak hospital untuk menggunakan sistem parkir bertingkat itu.
Warganet berharap agar kaedah parking bertingkat ini akan diperluaskan di pelbagai kawasan dan tempat bagi menangani masalah kekurangan tempat letak kenderaan.
Sumber: BuzzKini