Baru-baru ini, seorang individu sanggup menggadai nyawa selepas nekad terjun dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, untuk menyelamat satu pasangan lelaki dan wanita yang terjatuh ke laut, malam tadi.

Rupanya individu yang nekad terjun dari Jambatan Pulau Pinang bagi menyelamatkan satu pasangan yang terjatuh ke laut merupakan seorang anggota tentera.
Advertisement
Menurut kenyataan di laman Facebook, Tentera Darat Malaysia, individu tersebut rupanya bernama Koperal Mazlan Abdul Rahman, anggota dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RMAD).
“Koperal Mazlan telah menyelamatkan orang awam yang dikhuatiri lemas di Jambatan Pulau Pinang pada 15 Januari 2024.
“Semasa kejadian, anggota sedang melalui Jambatan Pulau Pinang dan bertindak pantas terjun sejurus dengar jeritan meminta tolong dari bawah jambatan.
“Koperal Mazlan juga telah memberikan bantuan pernafasan (Cardiopulmunory Resuscitation (CPR) kepada mangsa setelah merapat ke bot berhampiran.
“Tindakan pantas berkenaan telah berjaya menyelamatkan nyawa mangsa orang awam yang dipercayai terjatuh ke dalam laut,” katanya.
Malah, pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) memuji sikap berani dan pantas yang ditunjukkan Koperal Mazlan ini wajar dijadikan contoh.
2 RMAD terletak di Kem Sungai Ara di Bayan Lepas dan difahamkan, Koperal Mazlan juga mempunyai lesen penyelamat kecemasan.
Sumber: Kosmo Online