Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pinterest Pin Bocor? Netizen Dakwa Hamish Daud Curang Punca Raisa Gugat Cerai?

pinterest pin bocor? netizen dakwa hamish daud curangi raisa punca bercerai?Foto: X

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti terkenal Indonesia, Raisa dan Hamish Daud, semakin hangat diperkatakan selepas beberapa pengguna media sosial mendakwa menemui bukti yang mengaitkan Hamish dengan seorang wanita lain.

Advertisement

Segalanya bermula apabila beberapa netizen di platform X (dahulu Twitter) menemui akaun Pinterest yang dikatakan milik wanita tersebut, di mana terdapat beberapa pin dan gambar yang di tag bersama akaun Hamish. Penemuan itu mencetuskan pelbagai teori serta tuduhan bahawa pelakon kacak itu mungkin berlaku curang terhadap isterinya.

Walaupun sumber dakwaan tersebut masih belum dapat dipastikan kesahihannya, perkara itu mencuri perhatian ramai kerana ia berlaku tidak lama selepas Raisa mengesahkan bahawa dia dan Hamish telah memfailkan penceraian.

Menurut laporan beberapa media tempatan Indonesia, Raisa membuat pengakuan itu dalam satu kenyataan ringkas kepada pihak media, dengan menegaskan bahawa keputusan berpisah dibuat secara baik dan penuh penghormatan.

 

 

“Perjalanan kami sampai di titik ini bukan hal yang mudah, tapi kami percaya ini yang terbaik untuk masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan kepada media Indonesia minggu lalu.

Raisa, yang merupakan antara penyanyi wanita paling popular di Indonesia, mendirikan rumah tangga bersama Hamish pada 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zalina Raine Wyllie.

Sementara itu, Hamish masih belum memberikan sebarang komen berhubung dakwaan yang tular di media sosial. Namun, ramai peminat berharap agar pasangan itu tidak terus menjadi mangsa spekulasi liar yang boleh menjejaskan nama baik mereka.

Sumber: X @IndoPopBase

SINAR Muzik Retro Terbaik