Baru-baru ini, sebuah rakaman video tular di media sosial apabila memaparkan video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, pihaknya menerima laporan daripada pengurus keselamatan sebuah pusat beli belah di Jalan Imbi dan kertas siasatan sudah dibuka.
Advertisement
Siasatan awal mendapati kejadian itu tidak berlaku di pusat beli-belah seperti yang digembar-gemburkan.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut," katanya.
Menurut Noor Dellhan, video berdurasi 11 saat itu turut dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Nishae, kira-kira pukul 9 pagi Rabu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa.
Hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pihak polis menyeru orang ramai untuk tampil dan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-414 9917 atau Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran jika mempunyai sebarang maklumat.
Sumber: Astro Awani