Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan agar kekal membantah pembentukan sebarang penyelesaian disebut sebagai negara Palestin jika ia tidak menjamin keselamatan Israel.

Beliau berucap dengan angkuh dan memaklumkan konflik yang sudah berlarutan melebih tiga dekad ini bukan tentang ketiadaan negara Palestin, tetapi berkenaan kewujudan negara Yahudi.
Advertisement
"Mereka yang bercakap tentang hari selepas Netanyahu sebenarnya bercakap tentang penubuhan negara Palestin dengan pihak berkuasa Palestin, ini sebenarnya yang mereka katakan. Dan saya ingin memberitahu anda, hari ini bukan hari selepas Netanyahu, ia adalah suara majoriti rakyat Israel.
"Selama 30 tahun saya sangat konsisten dan saya katakan perkara yang mudah - konflik ini bukan tentang ketiadaan negara Palestin, tetapi kewujudan negara Yahudi," katanya.
Tambahnya, dia memberikan ucapan itu khas kepada sekutu rapatnya Amerika Syarikat (AS), yang kini dalam dilema dalam pembentukannya.
Sumber: Sinar Harian