Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netanyahu Beri Amaran Lubnan Akan 'Musnah Seperti Gaza'

Lands-P-16.png

 

Advertisement

Perdana Menteri Israel menyeru kepada rakyat Lubnan untuk menyingkirkan kumpulan Hezbollah bagi mengelakkan "kemusnahan dan penderitaan seperti yang disaksikan di Gaza".

Seruan berkenaan wujud susulan kemaraan tentera darat Israel di selatan Lubnan dengan tambahan ribuan anggota baharu.

Netanyahu juga mendakwa bahawa Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah membunuh Hashem Safieddine, pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah, dalam satu serangan udara pada hari Selasa.

"Rakyat Lubnan masih mempunyai peluang untuk menyelamatkan negara mereka sebelum peperangan berlaku, yang akan membawa kepada kemusnahan dan penderitaan seperti yang dialami di Gaza.

"Saya menyeru kepada rakyat Lubnan untuk menyingkirkan kumpulan Hezbollah agar peperangan ini dapat dihentikan," katanya dalam satu siaran khas kepada rakyat Lubnan pada hari Selasa.

Dalam pada itu, dilaporkan 12 orang cedera setelah pejuang Hezbollah melancarkan roket ke arah bandar Haifa di Israel pada hari ketiga serangan.

 

Sumber: Astro Awani

SINAR Muzik Retro Terbaik