Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nenek Tak Mengaku Bersalah Langgar Tiga Orang ‘Rider’

Seorang wanita warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di George Town, hari ini atas tiga pertuduhan memandu kereta secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dengan tiga buah motosikal, November lalu.

nenek tak mengaku bersalah langgar tiga orang ‘rider’

Berusia 76 tahun, Tan Leuk Ley membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Advertisement

Mengikut pertuduhan pertama, Leuk Ley dituduh telah memandu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal.

Bagi pertuduhan kedua, Leuk Ley didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal bersama pembonceng motosikal di lokasi dan masa yang sama.

Untuk pertuduhan ketiga, dia juga didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal yang ditunggang orang lain.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik