Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Demi Laptop Anak, Wanita Sanggup Gadai Gelang Emas Pemberian Suami

Demi kelangsungan anak untuk menyambung pelajaran, seorang ibu sanggup menggadai gelang emas pemberian suaminya sempena ulang tahun perkahwinan untuk membeli sebuah komputer riba.

demi laptop anak, wanita sanggup gadai gelang emas pemberian suami

Menerusi perkongsian Nor Asiah Kamis, wanita itu bercadang untuk membeli komputer riba untuk anaknya yang bakal menyambung pelajaran tidak lama lagi.

Advertisement

“Mak cik ini datang nak tolak gelang emas semata-mata nak beli ‘laptop’ untuk anak dia. Macam ini lah pengorbanan mak ayah kita nak bagi anak belajar untuk ubah nasib keluarga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Gelang emas tersebut sangat istimewa kerana ianya merupakan pemberian suaminya bagi mengenang ulang tahun perkahwinan mereka, namun dia tiada cara lain selain menggadaikannya untuk membantu anak.

“Gelang ini pak cik yang bagi, sayang lah. Tapi mak cik kena berkorban juga demi anak, dia lebih penting. Nanti ada rezeki kita cari yang lain,” tambahnya.

Pengorbanan yang tiada ganti wanita itu telah meraih pujian ramai malah ada juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarganya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik