Seorang nelayan terkejut apabila menemui muntah ikan paus seberat 3 kilogram semasa bersiar-siar di sebuah pantai di Rayong, timur Thailand.

Dia sangat bertuah ketika menjumpai muntah ikan paus tersebut tetapi jika terbukti tulen, dia boleh menjual muntah paus itu pada harga tiga juta baht (RM392,428).
Advertisement
Untuk pengetahuan, muntah paus atau ambergris ialah bahan berharga yang dihasilkan dalam sistem pencernaan beberapa spesies paus termasuk paus sperma.
Ia mungkin berbau seperti najis tetapi ia juga boleh menghasilkan bau unik dan menyenangkan apabila terdampar di pantai serta menjadi kering di bawah sinar matahari.
Bahan itu digunakan dalam pembuatan minyak wangi yang mahal dan dijual dengan harga tinggi.
Tambahnya, nelayan tersebut sedang berjalan di pantai apabila menemui lima ketul muntah ikan paus itu bertaburan di atas pasir dekat memorial kapal HTMS Prasae.
Namun, dia sedang mendapatkan pengesahan daripada pakar-pakar sama ada muntah tersebut asli atau tidak.
Sebaik sahaja menerima sijil yang membuktikannya muntah ikan paus, dia akan segera menjualnya, kata Chuwit.
Sumber: Kosmo Online