Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jijik! Najis Tikus Penuh Di Dapur, Premis Terbabit Diarah Tutup

Sebuah premis makanan dikenakan tindakan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila gagal mematuhi tahap kebersihan yang memuaskan.

jijik! najis tikus penuh di dapur, premis terbabit diarah tutup

Menurut Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, operasi itu dijalankan di sekitar kawasan Parlimen Batu meliputi Kompleks Sungai Mas, Taman Kok Lian dan Taman Mastiara, semalam.

Advertisement

“Sebanyak sembilan premis dilawati dan hasil pemeriksaan, sebuah premis dikenakan tindakan Arahan penutupan di bawah UUK 28(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016.

“Selain itu, sejumlah lapan notis kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah undang-undang kecil yang sama,” katanya.

Tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap kesemua premis terbabit akibat tahap kesihatan yang menjejaskan dan gagal mematuhi kehendak-kehendak kesihatan yang ditetapkan.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah kesan urungan najis tikus dan serangga perosak di ruang dapur selain penyediaan makanan dan pencucian pinggan mangkuk di luar premis.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik