Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nabila Razali Terharu Dapat Kejutan Kereta Baharu Daripada Suami - “Saya Post Main-Main Saja, Sekali Sampai…”

nabila razali terharu dapat kejutan kereta baharu daripada suami - “saya post main-main saja, sekali sampai…”Foto: Threads

Nabila Razali berkongsi detik manis apabila suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, menghadiahkannya sebuah kereta baharu sempena ulang tahun kelahirannya. Hadiah itu bukan sahaja mengejutkan, bahkan membuatkan Nabila sebak kerana tidak menyangka gurauan ringannya di Instagram akhirnya menjadi kenyataan.

Advertisement

Nabila bagaimanapun mendedahkan bahawa permintaannya hanyalah gurauan spontan.

“Saya post ke IG Story itu main-main saja. Sekali sampai. Alhamdulillah. Terima kasih sayang,” katanya dalam nada teruja.

Kereta yang diterima adalah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang kini semakin mendapat perhatian di Malaysia. Hadiah itu diterima Nabila bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33, menjadikan hari istimewanya lebih bermakna.

Dalam hantaran di Threads, Nabila turut meluahkan rasa syukur dan mendoakan kesejahteraan suaminya.

“Alhamdulillah, Ya Rabb Ya Allah, peliharalah suamiku, murahkan rezekinya, kuatkan tubuhnya, lapangkan hatinya, dan gantikan setiap penatnya dengan ganjaran yang besar di sisi-Mu,” ujarnya.

Kisah kejutan ini pantas menarik perhatian peminat yang memuji hubungan harmoni pasangan tersebut. Ramai menyifatkan Nabila bertuah kerana memiliki suami yang penyayang dan tidak berkira dalam menggembirakan isteri. Ada juga netizen yang berkongsi rasa terinspirasi melihat layanan suami Nabila yang dianggap romantik dan penuh penghargaan.

Selain itu, beberapa komen di media sosial menyatakan mereka sebelum ini menganggap IG Story Nabila hanyalah sekadar gurauan biasa. Namun apabila suaminya benar-benar menghadiahkan kereta tersebut, ramai memuji sikap Nik Iruwan yang dilihat memenuhi permintaan kecil isterinya tanpa banyak soal.

Kejutan yang sederhana tetapi bermakna ini bukan sahaja menjadi bualan, malah menunjukkan hubungan mereka yang baru memasuki fasa perkahwinan berjalan dengan penuh kasih sayang dan saling menghargai.

Sumber: Threads

SINAR Muzik Retro Terbaik