Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nabila Huda Pilih Berdamai dan Lepaskan Apa Yang Tak Perlu - “Saya Pilih Bahagia…”

nabila huda pilih berdamai dan lepaskan apa yang tak perlu - “saya pilih bahagia…”Foto: Instagram

Pelakon serba boleh, Nabila Huda, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 dengan sebuah perkongsian penuh makna di Instagram apabila meluahkan pandangan jujur mengenai hidup, perjalanan emosinya dan keutamaan yang kini berubah seiring usia.

Advertisement

Dalam nukilannya, Nabila atau mesra disapa Abil itu mengakui bahawa semakin meningkat dewasa, dia semakin sedar bahawa hidup terlalu singkat untuk menyimpan perkara yang membuatkan hati terasa berat.

Menurutnya, tidak semua orang yang hadir dalam hidup akan kekal, dan tidak semua kasih sayang yang diberikan akan kembali kepada kita.

“Life is too short to hold on to things that make my heart heavy. Keep your circle small sebab tak semua orang yang kita sayang, sebenarnya milik kita. Some people come as blessings, some as lessons,” tulisnya sambil menyatakan bahawa apa yang tidak perlu, wajar dilepaskan.

Abil turut berkongsi bahawa dia belajar menerima bahawa jika sesuatu hubungan tidak ditakdirkan bahagia dalam kehidupan ini, mungkin takdir yang lebih indah menanti di kehidupan lain.

Namun, ada satu perkara yang tetap menjadi pegangan kuat sepanjang hidupnya, cintanya terhadap kerjaya seni.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

 

“But apa yang pasti... my love towards my career will always stay forever. I want to experience more, explore more characters, learn more sampai akhir hayat saya,” katanya. Abil menyatakan hasrat untuk terus mengembara, melihat dunia dan tidak pernah berhenti mengejar impian walau usia terus meningkat.

Dalam penutup perkongsiannya, Abil menegaskan bahawa hari ini dia memilih kedamaian, memilih kebahagiaan dan lebih penting, memilih dirinya sendiri. Luahan itu disertai ucapan ringkas buat dirinya sempena ulang tahun ke-41.

“Today, I choose peace. I choose happiness. And most importantly, I choose me. Happy 41 to myself,” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat dan rakan selebriti yang turut menitipkan doa, sokongan serta harapan agar Nabila terus melangkah dengan hati yang kuat dan bahagia dalam setiap fasa hidupnya.

Sumber: Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik