Foto: Instagram
Pelakon, Nabila Huda baru-baru ini berkongsi pandangannya di X tentang bagaimana dia menekuni kerjaya lakonan.
Advertisement
Bagi Nabila atau mesra disapa Abil, menjadi pelakon yang selesa atau mengulang peranan yang sama bukanlah pilihan.
Sepanjang hidupnya, dia memilih jalan yang lebih mencabar untuk meneroka pelbagai sisi watak dan emosi.
“All my life, I choose the harder path. Aku tak pernah nak jadi pelakon yang selesa. I don’t want to be just an actor.
“Not the same thing on repeat. I want to transform. I want to explore, break, feel, learn… until my last breath!” ciap Nabila, menekankan keinginannya untuk sentiasa berkembang dan mencabar diri.
All my life, I chose the harder path. Aku tak pernah nak jadi pelakon yang selesa. I don't want to be just an actor. Not the same thing on repeat. I want to transform. I want to explore, break, feel, learn..until my last breath! Basic is boring. I choose extra! She chose a drag… pic.twitter.com/B5NmF0Lw2z
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) December 21, 2025
Semangatnya untuk lakonan yang dinamik turut terserlah dalam persembahan terbarunya, ‘Malam’.
Nabila memilih penampilan drag queen kerana baginya, subtiliti bukanlah matlamat, apa yang penting adalah pengalaman yang penuh ekspresi dan transformasi watak.
Dedikasi Nabila terhadap seni lakonan membuktikan bahawa dia bukan sekadar seorang pelakon, tetapi seorang artis yang berani mencuba, belajar, dan menolak sempadan dalam setiap peranan.
Setiap watak yang dibawa adalah peluang untuk meneroka, merasai, dan berkembang, menjadikannya antara pelakon paling versatil dalam industri hiburan tempatan.
Sumber: X