Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nabila Huda Disahkan Alami Slipped Disc, Tetap Teruskan Persembahan Teater Muzikal

nabila huda disahkan alami slipped disc, tetap teruskan persembahan teater muzikalFoto: Instagram

Pelakon terkenal Nabila Huda berkongsi khabar mengenai keadaan kesihatannya apabila disahkan mengalami masalah slipped disc pada bahagian L5 selepas menjalani pemeriksaan di hospital.

Advertisement

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Nabila menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Menurut Nabila, sebelum ini dia pernah mengalami masalah sakit pinggang, namun keadaan tersebut sudah lama tidak berulang. Bagaimanapun, kesakitan itu kembali menyerang secara tiba tiba dan kali ini dirasai lebih teruk sehingga menyukarkan pergerakannya, sekali gus membuatkan dia berasa panik kerana pementasan teater muzikal yang dibintanginya semakin hampir.

“Dulu abil pernah cakap ada problem sakit pinggang. Tapi dah lama dia tak buat perangai. Nak dijadikan cerita dua hari lepas bangun tidur, tiba tiba dia triggered balik. Kali ni macam sakit lain macam sampai susah gila nak diri,” tulisnya.

Bagi mendapatkan kepastian mengenai keadaannya, Nabila atau mesra dipanggil Abil itu mengambil keputusan untuk menjalani imbasan MRI sebelum menghadiri sesi latihan. Namun keputusan pemeriksaan tersebut mengejutkan apabila dia disahkan mengalami slipped disc.

“Semalam sebelum pergi rehearsal decide lah pergi hospital nak buat MRI dulu untuk tahu condition, konon nak sedapkan hati je lah. Nahhh, diagnosed with a slipped disc L5,” jelasnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

 

Walaupun berdepan masalah kesihatan, Abil memilih untuk kekal komited dengan pementasan Teater Muzikal Masmoona. Dia mengakui jadual kerjanya yang padat, namun kecintaannya terhadap dunia seni membuatkan dia terus bertahan.

“I know I’ve been working way too much in life, but what to do. I love my job kan. Hehe. Jangan risau everyone, all good. I got this!” katanya.

Dalam perkongsian sama, Abil turut berkongsi momen mencuit hati apabila doktor bertanya sama ada dia memerlukan cuti sakit. Namun perkara itu dianggap mustahil memandangkan persembahan sudah hampir dan tiket telah terjual.

“Doctor tanya ‘awak nak MC tak?’ Terus kami tergelak cakap, ‘kerja kitaorang ni MC takde dalam kamus’. Show esok kot. Orang dah beli tiket. Siapa nak replace ‘Malam’?” ujarnya.

Abil kemudiannya memohon agar diberikan ubat penahan sakit paling kuat supaya dapat menamatkan empat persembahan yang dijadualkan sebelum menjalani rawatan fisioterapi.

“Bagi lah i chance untuk settle kan empat shows ni. Habis show janji akan buat physio,” katanya.

Mengakhiri perkongsian, Abil menegaskan prinsip yang dipegangnya sebagai seorang penggiat seni bahawa persembahan harus diteruskan walau berdepan cabaran kesihatan.

“Well, show must go on.”

Sumber: Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik