Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Miliki Ciri Keselamatan Tinggi, MyKad dan Passport Berwajah Baharu Tengah Tahun Ini

miliki ciri keselamatan tinggi, mykad dan passport berwajah baharu tengah tahun ini

Foto sekadar hiasan

Advertisement

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merancang memperkenalkan varian baharu MyKad dan passport Malaysia yang dilengkapi ciri keselamatan dipertingkat bagi menyesuaikan dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa.

Pelaksanaan dijangka bermula penghujung suku kedua atau awal suku ketiga 2026, kata Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang media Majlis Amanat Menteri di Dewan Seri Endon hari ini.

Beliau menjelaskan pasport Malaysia kini berada di kedudukan ketiga paling dipercayai di dunia, diukur melalui kemampuan pemegang pasport melancong ke banyak negara tanpa memerlukan visa atau dengan keperluan visa minimum.

“Tahap kebolehpercayaan ini menjadi kayu ukur penting bagi memastikan integriti dokumen perjalanan negara terus terpelihara,” katanya.

Menurut Saifuddin, setiap dokumen keselamatan mempunyai tempoh penggantian tertentu dan Malaysia kini telah melepasi tempoh yang memerlukan versi baharu diperkenalkan. Passport dan MyKad baharu dijangka menampilkan ciri keselamatan lebih tinggi bagi mengekang risiko pemalsuan.

Orang ramai akan dimaklumkan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum pelaksanaan rasmi supaya tiada kepanikan untuk menukar dokumen secara tergesa-gesa.

Beliau menegaskan bahawa dokumen sedia ada masih boleh digunakan sehingga tamat tempoh sah laku.

“MyKad adalah dokumen keselamatan. Selepas tempoh tertentu, ciri baharu wajib diperkenalkan mengikut perkembangan teknologi untuk mengelakkan isu pemalsuan. Spesifikasi pengguna sudah disahkan oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Pindaan 2024 berkaitan kewarganegaraan dijangka berkuat kuasa pada Jun atau Julai 2026.

Proses persiapan termasuk semakan bahasa Melayu dan Inggeris bagi Citizenship Regulation 1964 serta penyediaan dokumen dan borang berkaitan sebelum perwartaan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Langkah ini dijangka memastikan dokumen keselamatan negara terus kukuh, dipercayai dan selari dengan perkembangan teknologi, sekaligus memudahkan perjalanan rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sumber: Malaysia Gazette

SINAR Muzik Retro Terbaik