Sebuah video tular di media sosial pagi ini yang jelas dilihat sekumpulan murid sekolah dan guru terjatuh ke dalam laut di Sabah.

Video berdurasi 2 minit itu memaparkan para guru dan orang awam di jeti Pulau Pababag, Semporna itu giat menyelamatkan kanak-kanak masih berada di dalam air.
Advertisement
Kebanyakan kanak-kanak tersebut lengkap berpakaian seragam sekolah rendah terjatuh dan pakaian mereka basah lencun.
Punca utama berlakunya adalah disebabkan jambatan utama yang digunakan mereka telah roboh.
Sayu melihat video berkenaan apabila ada kanak-kanak yang menangis ketakutan, ada juga buku teks dan beg sekolah mereka turut basah.
Namun, orang awam dan para guru berganding bahu menyelamatkan anak mereka, mendukung naik ke tepi jeti.
Pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap kejadian itu dan ramai yang memberikan belas kasihan untuk kanak-kanak berkenaan.