Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Murid Malu Bawa Kuih, Guru Ajak Satu Kelas Jamah Makanan

Baru-baru ini, tular di media sosial yang memaparkan reaksi seorang guru yang memakan hidangan yang dibawa anak muridnya dalam satu jamuan kelas.

murid malu bawa kuih, guru ajak satu kelas jamah makanan

Malah, guru tersebut mengetahui anak murid malu untuk mengeluarkan hidangan yang dibuat sendiri oleh ibunya.

Advertisement

Guru tersebut terus membuka dan menjamah agar-agar santan yang dibawa oleh anak muridnya untuk jamuan kelas.

“Tengok ini, cikgu jumpa kuih ini. Murid saya sembunyi, malu nak bawa keluar. Saya ambil. Mana boleh malu-malu nak bawa keluar, penat mak dia buat tapi tak bagi cikgu rasa,” kata guru terbabit.

Pelbagai reaksi yang diberikan warganet apabila guru tersebut berkongsi momen dia memakan agar-agar tersebut dan memuji rasa hidangan itu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik