Sebak pula terasa apabila melihat kanak-kanak di Palestin bersepakat untuk menulis nama mereka di lengan masing-masing bagi memudahkan jenazah dicam ahli keluarga atau penyelamat.

Menurut perkongsian video di laman Instagram milik Tanwirfatima72, ia jelas memaparkan beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan saling bantu-membantu menulis nama mereka.
Advertisement
“Tujuan menulis nama di tangan kerana apabila dibom, mereka akan dikenali untuk mengetahui siapa mereka. Realiti abad kita hari ini,” tulisnya di kapsyen.
Ramai juga yang sebak akan kejadian dan konflik yang berlaku di Palestin ketika ini. Sama-sama kita doakan kesejahteraan dan keselamatan buat saudara kita di sana.
Sumber: Kosmo Online