Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bakal Jalani Misi Ke ISS, Angkasawan Wanita Pertama Arab Saudi Berdebar

Angkasawan wanita pertama Arab Saudi akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini.

bakal jalani misi ke iss, angkasawan wanita pertama arab saudi berdebar

Rayyanah Barnawi yang merupakan seorang penyelidik kanser payudara, dan angkasawan lelaki Ali AlQarni, akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2.

Advertisement

Menurut NASA, misi tersebut bakal dilancarkan pada kira-kira pukul 5.37 petang (waktu EDT) pada 21 Mei.

Malah, misi itu akan mengambil masa dalam 10 hari dan ia dirancang untuk berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 8 Mei, sebelum pelancarannya dijadualkan semula pada 21 Mei oleh NASA dan Axiom Space.

Dua angkasawan Arab Saudi itu dijangka menyertai angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang sedang dalam misi selama enam bulan di ISS.

Angkasawan Peggy Whiston dan perintis perniagaan serta juruterbang John Shoffner juga akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2.

Sumber: Sinar Harian / Bernama
 

SINAR Muzik Retro Terbaik