Foto: Instagram
Pelakon, Mimi Lana menarik perhatian ramai selepas memuat naik satu luahan bermakna di aplikasi Threads yang menyentuh soal kehidupan, keimanan dan tanggungjawab terhadap diri sendiri.
Advertisement
Perkongsian itu dilihat mencerminkan pendirian peribadinya yang memilih ketenangan serta menjauhkan diri daripada unsur negatif.
Mimi Lana, atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin dalam tulisannya di Threads, secara terbuka mengakui dirinya tidak sempurna.
“I am not a perfect person, and I make mistakes. Every day, I learn and grow,” tulisnya.
Mimi turut menegaskan bahawa kepercayaannya kepada Allah menjadi asas yang membuatkan dirinya kekal berpijak di bumi nyata.
Menurut Mimi, dia tidak berminat untuk membuktikan dirinya baik atau meletakkan diri sebagai mangsa dalam apa jua keadaan.
“I don’t wish to prove my goodness or play the victim in any situation. I choose to take responsibility, even when it is difficult,” katanya.
Pelakon itu juga berkongsi bahawa dia tetap memilih untuk berbuat kebaikan walaupun sering disalah tafsir.
“I choose to do good, even when I am misunderstood or hurt. I want to live this life peacefully and away from toxicity,” luahnya, menggambarkan keinginannya untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan seimbang.
Mengakhiri kenyataan tersebut, Mimi menekankan bahawa nilai kebaikan sebenar tidak boleh dinilai melalui kata-kata semata-mata.
“I believe true goodness is shown through actions, not words,” tulisnya, satu mesej yang menerima sokongan dan pujian daripada ramai peminat yang menganggapnya matang dan berprinsip.
Sumber: Threads