Foto: Instagram
Pelakon Mimilana berkongsi pengalaman mencabar yang dilaluinya ketika menjalani penggambaran filem seram terbaharu berjudul Polong. Katanya, dia terpaksa menempuh suasana mencemaskan apabila terlibat dalam adegan bermandi darah sehingga awal pagi.
Advertisement
Menurut Mimi Lana, penggambaran yang dijalankan sepanjang malam itu memerlukan kekuatan mental dan fizikal kerana babak tersebut melibatkan banyak elemen mencabar.
“Saya bermandi darah sampai subuh. Waktu tu memang penat sangat sebab kami mula shooting dari malam, tapi kena teruskan juga sebab babak tu penting,” katanya.
Tambahnya, suasana di lokasi juga cukup menyeramkan kerana penggambaran dilakukan di kawasan terpencil dan gelap.
Walaupun berasa takut, dia tetap berusaha menjiwai watak dan memberikan yang terbaik untuk menjayakan peranannya.
“Memang ada rasa seram, tapi saya kena lawan perasaan tu. Kalau terlalu fikir takut, nanti emosi dalam lakonan tak sampai,” jelasnya lagi.
Filem Polong mengetengahkan kisah berkaitan amalan ilmu hitam dan dendam lama, menampilkan gabungan pelakon hebat tanah air dengan jalan cerita yang penuh kejutan dan elemen mistik.
Sumber: HibGlam