Foto: Bernama
Atlet muda muay thai negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Miki Ghazali, mencatat kejayaan gemilang selepas meraih pingat emas dalam kategori lelaki 57 kilogram pada Sukan SEA 2025 di Thailand.
Advertisement
Miki berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Sirilun Suphakon, dalam final yang berlangsung sengit di Stadium Lumpinee, Bangkok. Pada usia 16 tahun, Miki membuktikan kehebatannya dengan menampilkan ketenangan dan semangat juang tinggi, sekali gus menambah koleksi pingat emas negara pada temasya sukan kali ini.
Dalam perlawanan itu, Miki menguasai dua pusingan awal dengan keputusan 10‑9 sebelum tewas tipis 9‑10 pada pusingan terakhir, namun jumlah mata keseluruhan 29‑28 sudah memadai untuk mengesahkan kemenangannya.
Kemenangan ini juga menandakan beliau berjaya menundukkan lawan yang lebih berusia tujuh tahun daripadanya.
@sinar_my PETARUNG Muay Thai negara, Miki Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara featherweight 57kg apabila menumbangkan wakil tuan rumah, Sirilun Suphakon, di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi. Sumber video : @tvsarawak #SINARKongsi #SINARMuzikRetroTerbaik #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ ♬ original sound - SINAR
Suasana di gelanggang menjadi lebih emosional apabila Miki tidak dapat menahan air mata selepas diumumkan sebagai pemenang, menzahirkan betapa bermaknanya kejayaan itu untuk dirinya dan negara.
Abangnya, Johan Ghazali, turut berada di sisi memberikan sokongan sepanjang perlawanan berlangsung.
Kejayaan ini bukan sahaja menambah koleksi pingat emas Malaysia tetapi juga menonjolkan bakat besar Miki dalam arena muay thai antarabangsa di peringkat Sukan SEA.
Pencapaian ini dijangka membuka lebih banyak peluang dan pengalaman berharga untuk atlet muda ini pada masa depan.
Sumber: Astro Arena