Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kongsi Video Tentang Palestin, Meta Bertindak Sekat Akaun ‘Eye On Palestine’

Sebuah akaun pro-Palestin di laman Instagram disekat pihak Syarikat Meta Platforms Inc. atas faktor keselamatan.

kongsi video tentang palestin, meta bertindak sekat akaun ‘eye on palestine’

Menurut jurucakap Meta, Andy Stone, tindakan itu dilakukan pihak Meta bagi faktor keselamatan dan banyak tanda-tanda kompromi berlaku.

Advertisement

“Akaun ini pada mulanya ‘dikunci’ atas sebab  keselamatan selepas terdapat tanda-tanda kompromi dan kami sedang berusaha untuk membuat hubungan dengan  pemilik akaun itu bagi memastikan mereka mempunyai akses,” katanya.

Memetik laporan WineNews, akaun penggantinya, Eye on Palestine (@eye.on.palestine) yang mempunyai lebih 6 juta pengikut di laman Instagram dan popular dalam kalangan penyokong Palestin disekat semalam.

Sebelum ini, akaun rasminya, @eye.on.palestine2 juga tidak dapat diakses dan disekat pihaknya.

Malah, bukan itu sahaja tetapi kedua-dua akaun itu juga tidak boleh diakses di Facebook dan Threads.

Ramai penduduk di seluruh dunia sering menantikan hantaran terbaru akaun tersebut yang memberi tumpuan tentang situasi di Gaza.

Mereka juga berani untuk berkongsi video dan gambar penduduk Palestin yang cedera akibat serangan tentera Israel dan ia juga dikongsi oleh wartawan antarabangsa.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik