Kementerian kesihatan yang dikendali Hamas memaklumkan lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak perang meletus antara Israel dan pejuang Hamas hampir lima bulan lalu.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra, beliau memaklumkan ramai kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan, dehidrasi dan kebuluran di Hospital Al-Shifa.
Advertisement
Malah, beliau juga menyeru organisasi antarabangsa mengambil tindakan segera untuk mencegah lebih banyak kematian khususnya melibatkan kanak-kanak.
Menurut Ketua Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID), Samantha Power berkata, Israel perlu membuka lebih banyak lintasan supaya 'bantuan kemanusiaan dapat ditingkatkan'.
"Ini adalah soal hidup dan mati," katanya.
Sumber: Sinar Harian