Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu berani menyuarakan kata-katanya yang mahu menggugurkan bom nuklear di Semenanjung Gaza.

Memetik laporan Middle East Monitor, beliau digantung daripada tugasnya selepas mengusulkan perkara tersebut.
Advertisement
Malah, menteri berfahaman ekstrem daripada parti ekstremis, Otzma Yehudit itu mengatakan perkara tersebut ketika temubual bersama Radio Kol Berama.
Dia menyebut penggunaan senjata nuklear sebagai salah satu alternatif bagi menamatkan perang Palestin-Israel.
Tambahnya, dia menyatakan bahawa lebih dua juta populasi Palestin di Semenanjung Gaza boleh pergi ke Ireland atau mana-mana gurun serta mencari penyelesaian sendiri bagi konflik kemanusiaan yang dihadapi.
Susulan temu bual itu, Eliyahu tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat kabinet bagi tempoh masa yang belum diputuskan.
Namun, Eliyahu mengeluarkan kenyataan susulan yang mendakwa komennya itu hanya sebagai metafora selepas dikenakan ‘hukuman’ tersebut.
Sumber: Kosmo Online