Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pamer Babak Sensitif, Filem Mentega Terbang Diwartakan Haram

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan filem  Mentega Terbang telah diwartakan haram di negara ini.

pamer babak sensitif, filem mentega terbang diwartakan haram

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menandatangani warta bertarikh 1 September lalu pada 21 Ogos lalu.

Advertisement

Malah, larangan itu dibuat menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.

“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Bagi maksud perintah ini, filem yang disebut dalam sub perenggan, hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” menurut warta berkenaan.

Berdasarkan warta itu juga, jadual yang dimaksudkan merujuk kepada tajuk filem iaitu Mentega Terbang, arahan Khairil Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.

Jika ada yang terlepas, filem Mentega Terbang diharamkan apabila ia menyentuh perbezaan dan persamaan agama-agama utama di Malaysia.

Pelbagai kritikan yang diterima oleh orang ramai dan penggiat seni sejurus tayangannya di platform dalam talian itu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik